Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, sekali lagi dengan kerjasama penduduk – penduduk kawasan Damansara, Pelangi Damansara and Kota Damansara memohon bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) melakukan siasatan secara terperinci mengenai kes penyelewengan tanah sebanyak 3 ekar oleh MIC yang sepatutnya dimiliki oleh SRJK (Tamil) Effingham, Bandar Utama (BU 11).
Melalui dokumen – dokumen baru yang dilampirkan dalam aduan kali ini, terbukti secara jelas bahawa niat sebenar pihak pemaju adalah untuk memberikan tanah berukuran 6 ekar kepada sekolah terbabit. Namun begitu, terbukti juga bahawa pihak MIC melalui Dato K.Sivalingam hanya memohon tanah berukuran 3 ekar untuk sekolah tersebut.
Persoalan yang timbul di sini ialah, mengapa pihak MIC perlu memohon tanah berukuran 3 ekar, walaupun pihak pemaju dengan sukarelanya ingin memberikan 6 ekar?
Melalui dokumen – dokumen baru yang dilampirkan dalam aduan kali ini, terbukti juga bahawa selepas berjaya memohon hanya 3 ekar untuk sekolah tersebut, MIC telah memulakan strategi penyeludupan baki 3 ekar tanah tersebut untuk kegunaan dan kepentingan MIC.
Situasi ini dapat menjelaskan persoalan mengapakah pihak MIC perlu memohon tanah berukuran 3 ekar, walaupun pihak pemaju dengan sukarelanya ingin memberikan 6 ekar. Pihak MIC dengan sengaja telah memohon hanya 3 ekar tanah untuk sekolah tersebut kerana MIC ada niat jahat untuk memiliki baki 3 ekar tanah tersebut. “Hidden agenda” inilah menyebabkan pihak MIC dengan sengaja memohon hanya 3 ekar tanah untuk sekolah tersebut berbanding dengan 6 ekar yang sepatutnya.
Di samping itu, wujud juga niat penyelewengan wang sumbangan pemaju kepada sekolah tersebut sebanyak RM 300 000. Ini dapat dibuktikan apabila MIC cuba menyalurkan duit tersebut ke dalam tabung MIED. Walaupun pihak pemaju enggan menunaikan permohonan MIC untuk berbuat demikian, persoalan yang timbul ialah, apakah niat sebenar pihak MIC untuk menyalurkan duit tersebut ke dalam tabung MIED yang dimiliki oleh MIC sendiri?
Sumbangan RM 300 000 ini adalah untuk pembinaan SRJK (Tamil) Effingham. Pihak MIC sepatutnya gembira dengan sumbangan ini dan sepatutnya menyalurkan sumbangan ini secara terus ke sekolah untuk pembangunan sekolah tersebut. Sebaliknya, pihak MIC sekali lagi dengan “hidden agenda”nya telah mencuba untuk menyelewengkan sumbangan tersebut.
Penjelasan di atas menunjukkkan bahawa pelajar dan bakal pelajar SRJK (Tamil) Effingham telah menjadi mangsa kepada niat jahat pihak MIC. Jesteru itu, kami menyeru pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan secara terperinci ke atas isu – isu berikut:

i) penyelewengan tanah sekolah seluas 3 ekar oleh MIC
ii) niat untuk menyeleweng wang sumbangan RM 300 000 oleh MIC.
Manivanan Gowin

No comments:
Post a Comment