Friday, July 22, 2011

NAJIB GAGAL MENDAPAT SOKONGAN DI SUBANG

Selepas lebih seminggu di luar negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus turun padang sekitar Subang - antara parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

NONEMengelak menyentuh 'tekanan' yang dihadapi kerajaan - antaranya, kritikan terhadap layanan polis dalam perhimpunan BERSIH dan laporan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock - Najib sebaliknya mengambil peluang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Mereka (Pakatan) beri RM100 riuh sekampung. Kita sudah beri berbilion ringgit pada rakyat. Cuma pihak sebelah sana pukul gendang lebih kuat saja," katanya.

Berucap di hadapan lebih 1,000 orang di sebuah sekolah di Subang, Najib menegaskan semula pemberian subsidi kerajaan dalam pembelian barangan harian, antaranya petrol RON95 dan tepung.

Sebelum itu, Najib tiba seawal jam 1.30 petang untuk solat Jumaat dan makan tengah hari bersama penduduk setempat.

KEBENARAN :

1. Pengunjung tidak sampai 1000 orang kerana kebanyakkan bukan penduduk setempat.

2. Terdapat lapan (8) bas dari luar Kg Melayu Subang dan penduduk perumahan Subang Perdana.

3. Bas - bas ini telah tiba dari tempat lain seperti Shah Alam dan Klang.

4. Sebuah bas mewakili pelajar daripada IPTA dan mereka diturunkan di hadapan masjid.

5. Bas - bas ini telah di 'sorokkan' di padang Subang Perdana dan di hadapan Restoren Cina.

6. Ramai penduduk setempat ialah penduduk yang selalu menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

7. Pengunjung juga terdiri daripada pelajar sekolah dan guru - guru sekolah.

8. Pengunjung juga terdiri daripada kakitangan - kakitangan kerajaan.

KESIMPULAN:

NAJIB - BN - UMNO gagal mendapat sokongan / sambutan daripada penduduk setempat. Penduduk setempat dari kawasan Kg Melayu Subang dan penduduk perumahan Subang Perdana masih mengekalkan sokongan mereka kepada PAKATAN RAKYAT.



No comments:

Post a Comment